30-03-2003

Daisypath Anniversary tickers

IzMeer AriF MuqRidz

Lilypie Kids Birthday tickers

IrDina Ain MaisaRah

Lilypie Fifth Birthday tickers

ImDaD AliF MuaWWiZ

Lilypie Second Birthday tickers

IRSYaD AfiF MuaMMar

Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 8, 2010

Keberkatan Hidup.....

Hari ini jiwa aku terasa begitu kosong.Walaupun masih mampu berborak dan ketawa tapi hati ini begitu terasa lain macam je....ntahla...otak aku hanya melayang teringatkan anak2 di rumah dan tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri.Namun aku tetap mempunyai 2 tanggungjawab pada diri ini dan keluarga....sebagai pekerja dan pelajar...mungkin dengan kesihatan aku yang tak menentu ini mempengaruhi jiwa aku.sambil aku menunggu dalam menyiapkan kerja rutin harian ku ......aku tergerak untuk surf info mengenai keberkatan hidup....ehm...setiap kali aku solat x pernah terlepas doa aku kepada NYA mohon memberkati kehidupan diri ini bersama suami dan keluarga....amin.....teringin rasa nye nak berkongsi apa yang aku baca.Mungkin nampak simple tapi pengisian nye amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.Dan aku sedar terlalu banyak kesilapan yang perlu aku betulkan selagi nyawa masih ada bersama........ok sama2 kita baca ek....moga dapat memberi sedikit info kepada kalian.

Erti Keberkatan Hidup

Oleh: Ismail Abu Bakar

Saya telah beberapa kali mendengar Nasyid dari Kumpulan Rabbani dari Radio IKIM, tajuknya saya tak tahu tetapi saya hafal satu rangkap senikatanya yang sungguh memikat hati saya iaitu;

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan

Baru-baru ini saya mencari Nasyid ini dan akhirnya bertemu. Nasyid tersebut bertajuk “Impian Hamba” dari Album Bertajuk Qiblat oleh Kumpulan Rabbani. Bila membaca keseluruhan lirik nasyid ini saya sungguh tertarik untuk mengulasnya.

Lirik Nasyid ini adalah seperti berikut;

Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah….

(Anda boleh muat turun Nasyid ini dalam format RealMedia di sini)
(Nota Penting: Nasyid ini adalah Hakcipta Terpelihara Kumpulan Robbani & EMI Music, disiarkan disini sebagai contoh sahaja. Oleh itu belilah CD yang original Semoga Diberkati Oleh Allah SWT)



Kalau kita mendengar nasyid ini sambil menghayati senikatanya tentu kita akan dapat merasakan sesuatu keindahan jika sekiranya kita benar-benar memahami erti keberkatan hidup ini.

Bila di sebut perkataan “Berkat” seolah-olah sesuatu yang biasa sangat di dengari namun jika di tanya pada diri sendiri apa makna berkat kadangkala terpinga-pinga juga nak menjawabnya.

Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat tentang makna berkat ini, dia menjawab berkat ialah rahmat dari Allah. Saya bertanya lagi boleh bagi satu contoh, dia akhirnya merapu-rapu memberikan contoh yang tak ada kaitan langsung dengan soalan yang di tanya.

Sebenarnya banyak ‘alim ulama’ telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 berikut;


Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Allah s.w.t. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.

Kalau ditilik kepada kehidupan seharian kita bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasi tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.

Saya ingin berkongsi tentang dua kisah benar yang saya sendiri melihatnya sebagai satu renungan mudah-mudahan senang kita nak fahami erti keberkatan ini.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Mari kita lihat satu persatu rangkap nasyid di atas;

Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Rangkap ini adalah satu doa, kita bermohon daripada Allah semoga diberikan keberkatan hidup yang berpanjangan. Iaitu hidup dengan Aman sentosa tidak di timpa dengan bala bencana seperti penyakit yang berbahaya, kesusahan berhutang, ramai musuh dan sebagainya. Dengan tidak ditimpa masalah yang berat, hati akan menjadi tenang dan akan seronok beramal ibadat mengingati Allah.

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Rangkap ini pula mengingatkan kita, supaya sedar bahawa apa yang kita miliki seperti Isteri, anak-anak, rumah, kereta dan sebagainya adalah milik Allah. Allah hanya memberi pinjaman sementara sahaja dan Allah boleh ambil balik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita perolehi adalah nikmat dari Allah dan hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan pemberiannya. Sedikit pun kita tak patut berbangga dengan benda yang hanya dipinjamkan kepada kita.

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Inilah rangkap yang patut kita renungkan selalu dalam kehidupan kita. Biarlah pendapatan yang kita perolehi sedikit tetapi diberkati oleh Allah. Kisah-1 di atas telah memberikan contohnya. Kalau Allah memberikan keberkatan kepada rezeki yang kita perolehi maka indahnya nikmat hidup ini. Pasti kita tidak akan susah di dunia ini. Dan yang pastinya bila hidup di berkati Allah, balasan di akhirat adalah Syurga. Jadikanlah Kisah-1 ini sebagai suatu Teladan.

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Rangkap ini hendak mengingatkan kita supaya jangan lalai hidup di dunia ini. Kisah-2 di atas telah memberikan satu contoh manusia yang lalai dan jadikanlah ia sebagai suatu sempadan.

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Rangkap ini pula menyedarkan kita bahawa kehidupan ini adalah berputar seperti roda kadang kala kita dikurniakan kesenangan dan kadang kala diberikan kesusahan oleh Allah untuk menguji hamba yang taat kepadaNya. Bila diuji maka penawarnya adalah kesabaran.

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Rangkap ini pula ialah kita bermohon doa kepada Allah. Berdoa bukan hanya ketika kita ditimpa kesusahan sahaja. Berdoa’ hendaklah berterusan. Ketika kita senang berdoa’lah agar diberkati hidup dan dijauhkan dari bala bencana.

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Rangkap ini kita berdoa ketika ditimpa kesusahan. Bermohon supaya Allah memberikan pertolonganNya dan diselamatkan dari segala fitnah yang dihadapi. Bermohon semoga Allah memberikan kekuatan agar derita yang ditanggung dapat dihadapi dengan tabah.

Kasih Mu, Sayang Mu, Redha Mu,
Segalanya, Untuk Kami

Rangkap terakhir kita bermunajat dan bermohon agar Allah mengasihi, menyayangi dan meredai kita.

Kesimpulannya, apakah erti mendapat keberkatan hidup?

Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;

a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t
b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Semoga ada manfaatnya artikel pendek ini.

Wallahhu ‘alam

Friday, January 1, 2010

HePi New YeaR 2010


Selamat tahun baru 2010...

Tahun ni aku menyambutnye hanya lepak dirumah sambil menonton tv....tiba detik 12 malam pancaran cahaya bunga api tetap kelihatan dari jarak jauh kawasan perumahan ini ..ehm..x sanggup rasa nye nak berasak-asak untuk kesana....lebih baik menonton tv ....selesa dan selamat...ahaks!!

Fuhhhhh............ sekejap je masa berlalu...............

dan semestinya umur aku dah bertambah angka....x perlu dirisaukan pasal angka.apa yang penting hari2 mendatang akan lebih bermakna untuk hidup aku..iyer...semua akan bermakna ....kehidupan dan kejayaan .........ehm.. sebagai manusia kita idamkan kekayaan....wah.......itu sangat penting....tapi bagaimana dengan iman dan ilmu agama yang ada pada diri ini.semua nye biasa2 sahaja malah kurasakan amat sedikit....YA Allah...ampunkan aku..bantulah aku..........Moga aku akan berubah menjadi insan yang baik dan lebih baik............amin.......

Sunday, December 6, 2009

AkibaT LupA




Jumaat lepas aku diminta oleh bos2 aku (aku ni orang bawah so ramai ler bos) untuk replace salah seorang bos aku untuk menyertai satu program jabatan iaitu menaiki keratapi dari kl sentral ke ipoh....aku pun lupa apa nama program tuh (lupa lagik )aku diminta untuk membawa anak bagi menyertai aktiviti yang dijalankan di dalam keretapi sepanjang perjalanan ke ipoh.program ini juga di rasmi kan oleh pak menteri aku Datuk seri utama dr Rais......petang jumaat tuh awal2 lagi aku telah memberitahu anak2 aku amer n dina yang ari isnin nanti kita semua akan jalan2 naik keretapi, bukan main hepi lagi diorang.si dina siap tanya "kita naik thomas ek mama ?".amer pun siap plan nak bawak camera n jaket dia...semua ready...x sabar tunggu ari isnin.....itu cerita hari jumaat...arini hari isnin...patutnya aku n anak2 naik keretapi...tapi malangnya aku terlupa plak..pagi tadi aku bersiap untuk ke tempat kerja seperti biasa ..(kebetulan aku perlu ke menyelsaikan urusan peribadi..so aku ambil time off selama sejam)... setelah aku menghantar sms kepada kak siti (cc di ofis )baru aku teringat rupa nya aku n anak2 patutnyer naik keretapi pada pukul 7 pg tadi di kl sentral...mak aii...cik abe gue pun lupa gak...betul2 lupa....rugi betul kesian budak2.....2 tugas aku kena buat la....memula explain kat bos n 2nd say sori ngan bdk2....syukur semua dah settle..bos aku x marah...n amer ckp ok...amer dah maafkan mama...lega2...insyaAllah lainkali kalau ada masa aku akan bawa budak2 naik train @thomas...huhu.

Ayam KFC..pon sodap..........nyam2

Pagi ini aku terbaca emel mengenai ini....terlintas plak nak berkongsi bersama kalian .aku xtahu berita ini betul atau tak..x der niat nak meyebarkan berita yang tidak betul sekadar berkongsi..mana tahu sekiranya ianya mendapat respon dari pihak yang terbabit...dan insyaAllah sekiranya ada respon dari pihak terbabit aku akan paparkan kat sini juga........

From: Shah Saadiah
Subject: Fw: Mohon Sampaikan - KFC
To: Intan.mazwina@gmail.com, seedmbsb1439@gmail.com, noraanor@alamflora.com.my, "Noryzan Anor" , hafizz@miti.gov.my, "MOHAMAD Jamiah (SCM-Material)" , "mohd izarihan"
Date: Thursday, December 3, 2009, 8:17 PM



Pada pihak KFC @ JAKIM khasnyer harap ada maklumbalas dari korang.. Xnk la sebarkan emel yg ditakuti berunsur fitnah.. Salam..
ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..
INI PERTAMA

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,



'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka'


MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'

p/s : ujung minggu lepas baru jek makan KFC...huuhuu!!

Thursday, December 3, 2009

RiaNg RiA Di KLCC

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

SayaNg KaMu SeMUa

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

PuteRa-PuTera Hati KaMi

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

PuTerI Ku KaKaK Dina @ Adek

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Wednesday, December 2, 2009

Pesan Roh Kepada Manusia

salam...

aku menerima emel beberapa hari lepas...so tergerak di hati nak publish kat sini..sama-sama kita hayati nyer yer...................

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan
dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan
pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan
kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu
juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu
berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat
jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut
rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal
malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mashaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.



Wednesday, November 11, 2009

11-11-2009 mengimbau 11-11-1980

11-11-2009 ...hepi bezday ....selamat hari jadi..selamat ulang tahun....yelah umur aku dah 29 tahun...baru genap 29 tahun la.....itu ikut tahun...2009=29...ti kalau kalau 2020 umur aku 40 tahun la....aku agak2 la...maklumla math aku hampes....erm...bila aku sebut wawasan 2020 teringat plak masa aku kecil2 dulu..masa tuh lam darjah 6...sekolah rendah hamzah...kat machang kelantan...guru besar sekolah aku selalu cakap masa perhimpunan sekolah.....awak semua nanti zaman 2020...umur awak semua dah tua dah...40 tahun..dan masa tu saya pasti tiada lagi di dunia ini.....seingat aku nama guru besar Tn haji Yahya bin (lupa plak)..beliau juga kawan arwah aboh aku (mizz nyer kat abah aku......)erm seingat aku GB aku ni meninggal awal setahun kut dari arwah aboh aku....tahun 1998...arwah abah aku tahun 1999...masa tu aku masih lagi menuntut di politeknik port dickson.....ish jauh nye aku melalut....okeh 11-11-2009 besday aku yang ke 29 tahun..hsbn tercinta asyik perli aku iklan susu anlene..sal wanita umur 30 tahun akan mula hadapi masalah rapuh tulang ....dalam erti kata lain tua la kut.....so dia dah siap belikan aku susu tuh cuma aku jek blum minum lagi..masih tersimpan rapi dalam almari dapur kat umah tuh....sambutan hari jadi x der tapi kita akan sambut sekaligus...bila n dimana x sure lagik...hahaha..okeh la....aku bersyukur aku masih lagi bernafas sehingga kini..dari rahim ibu ku hajah ramlah bt man....menjadi bayi........kanak-kanak..remaja....dewasa...menjadi isteri..dan ibu kepada 3 permata hati kami.....syukur Allah....!!!!

Monday, November 2, 2009

izmeer Arif Muqridz

























Izmeer Arif Muqridz Bin Mahfudz..lahir pada 13/01/2004 anak sulung aku.Dilahirkan di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu..berat 3.03kg doc pakar yang menyambut anak aku DR Zanariah bt ....(dah lupa)......kiranya ore kelate la ni...hehehehe.x pe ikut mak dia.ic number -o3-erm...byk kenangan yang kelakar masa aku mengandungkan izmeer...masih aku ingat lagi masa aku disahkan mengandung ketika itu selang beberapa hari selepas aku mengalami kemalangan di gua musang on the way balik ke kampung.Syukur kami tiada apa2 cuma kereta agak teruk juga.selang beberapa hari selepas kemalangan, aku mengalami sakit pinggang yang agak teruk...perut aku pun sakit memulas2...badan aku serba x kena....so my hubby temankan aku ke klinik ..setelah melakukan pemeriksaan doc mengesahkan aku mengandung..mak aii terkejut juga la aku....cuma yang pelik nya pinggang aku memang sakit....aku ingat lagi kata-kata doc ...mungkin kandungan awak terancam kesan dari kemalangan masa tu .......aku agak sedih ;( dalam hati aku dan hubby berdoa semonga tuhan kuatkan rezeki kami...Allhamdulillah ....sekarang amer dah jadi kanak-kanak berusia 5 tahun...budak lelaki montel yang lasak ....pening kepala aku....mulut pun sama ...pot..pet..pot ..pet...dah masuk sekolah tadika Qdess pandan Indah..di kelas En Monzart...nama teacher dia yang manage kelas dia tu Teacher Sharifah (minggu lepas baru dia call aku minta monitor pending homework amer yang agak bertimbun dek kerana asyik dapat cuti peristiwa oleh mama papa dia....hehehehe......selain tu cikgu dia ni sempat inform aku yang anak teruna aku ni agak nakal di sekolah bersama-sama geng nye...dah berapa kali kena denda tapi tetap sama.....

aku cool jek...x pe aku dah bagi nasihat kat dia moga amer berubah sikap nye...erm tapi biasala budak2 boy lak tu...nakal lebih ikit ....n aku akan pastikan homework nye siap...exam yang lepas seingat aku izmeer dapat result yang agak baik ...3A 1B...rasanya yang B tu bahasa melayu.....english,math and agama semua A.walaupun masih ada pelajar lain yang mendapat result yang elok..tapi aku tetap berasa hepi (belum sampai tahap bangga) dan aku tau anak aku boleh follow apa yang diajar mungkin dia kurang diberi perhatian oleh aku kerana aku pun bz gak.....sibuk ngan assgg yang menimbun papa dia pun sama bz..........insyaAllah aku sentiasa berdoa moga aku berpeluang melakukan yang terbaik supaya tumpuan aku pada anak-anak tidak terabai.

Sunday, November 1, 2009

NuKiLaN PerTama...

anak-anak mama

Alhamdulillah ...syukur akhirnya aku join gak lam dunia blog ni....blogers...aku x pasti kali ini post aku akan tetap maintain atau tak ...memandangkan sebelum ni fotopages aku akhirnya terbiar aje.....harap kali ini tercapai gak le hasrat aku nak mengupload gambar2 anak2 aku sebanyak mungkin bukan apa hanya untuk kenangan kalau harapkan nak buka album jarang sangat rasa nya.....Doakan aku mempunyai kerajinan untuk itu ye...amin