30-03-2003

Daisypath Anniversary tickers

IzMeer AriF MuqRidz

Lilypie Kids Birthday tickers

IrDina Ain MaisaRah

Lilypie Fifth Birthday tickers

ImDaD AliF MuaWWiZ

Lilypie Second Birthday tickers

IRSYaD AfiF MuaMMar

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 6, 2009

AkibaT LupA




Jumaat lepas aku diminta oleh bos2 aku (aku ni orang bawah so ramai ler bos) untuk replace salah seorang bos aku untuk menyertai satu program jabatan iaitu menaiki keratapi dari kl sentral ke ipoh....aku pun lupa apa nama program tuh (lupa lagik )aku diminta untuk membawa anak bagi menyertai aktiviti yang dijalankan di dalam keretapi sepanjang perjalanan ke ipoh.program ini juga di rasmi kan oleh pak menteri aku Datuk seri utama dr Rais......petang jumaat tuh awal2 lagi aku telah memberitahu anak2 aku amer n dina yang ari isnin nanti kita semua akan jalan2 naik keretapi, bukan main hepi lagi diorang.si dina siap tanya "kita naik thomas ek mama ?".amer pun siap plan nak bawak camera n jaket dia...semua ready...x sabar tunggu ari isnin.....itu cerita hari jumaat...arini hari isnin...patutnya aku n anak2 naik keretapi...tapi malangnya aku terlupa plak..pagi tadi aku bersiap untuk ke tempat kerja seperti biasa ..(kebetulan aku perlu ke menyelsaikan urusan peribadi..so aku ambil time off selama sejam)... setelah aku menghantar sms kepada kak siti (cc di ofis )baru aku teringat rupa nya aku n anak2 patutnyer naik keretapi pada pukul 7 pg tadi di kl sentral...mak aii...cik abe gue pun lupa gak...betul2 lupa....rugi betul kesian budak2.....2 tugas aku kena buat la....memula explain kat bos n 2nd say sori ngan bdk2....syukur semua dah settle..bos aku x marah...n amer ckp ok...amer dah maafkan mama...lega2...insyaAllah lainkali kalau ada masa aku akan bawa budak2 naik train @thomas...huhu.

Ayam KFC..pon sodap..........nyam2

Pagi ini aku terbaca emel mengenai ini....terlintas plak nak berkongsi bersama kalian .aku xtahu berita ini betul atau tak..x der niat nak meyebarkan berita yang tidak betul sekadar berkongsi..mana tahu sekiranya ianya mendapat respon dari pihak yang terbabit...dan insyaAllah sekiranya ada respon dari pihak terbabit aku akan paparkan kat sini juga........

From: Shah Saadiah
Subject: Fw: Mohon Sampaikan - KFC
To: Intan.mazwina@gmail.com, seedmbsb1439@gmail.com, noraanor@alamflora.com.my, "Noryzan Anor" , hafizz@miti.gov.my, "MOHAMAD Jamiah (SCM-Material)" , "mohd izarihan"
Date: Thursday, December 3, 2009, 8:17 PM



Pada pihak KFC @ JAKIM khasnyer harap ada maklumbalas dari korang.. Xnk la sebarkan emel yg ditakuti berunsur fitnah.. Salam..
ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..
INI PERTAMA

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,



'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka'


MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'

p/s : ujung minggu lepas baru jek makan KFC...huuhuu!!

Thursday, December 3, 2009

RiaNg RiA Di KLCC

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

SayaNg KaMu SeMUa

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

PuteRa-PuTera Hati KaMi

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

PuTerI Ku KaKaK Dina @ Adek

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Wednesday, December 2, 2009

Pesan Roh Kepada Manusia

salam...

aku menerima emel beberapa hari lepas...so tergerak di hati nak publish kat sini..sama-sama kita hayati nyer yer...................

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan
dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan
pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan
kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu
juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu
berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat
jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut
rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal
malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mashaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.